Akhirnya! Penggantungan 12 bulan FIFA tamat, Imanol Machuca pemain pertama turun beraksi!

Football
3 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Akhirnya! Penggantungan 12 bulan FIFA tamat, Imanol Machuca pemain pertama turun beraksi!

Salah seorang daripada tujuh pemain yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran pemalsuan dokumen sudah turun beraksi!

Dengan tamatnya tempoh penggantungan, Imanol Machuca muncul pemain pertama kembali membuat penampilan secara rasmi apabila diturunkan pada minit ke-87 mewakili Independiente awal pagi tadi.

Selepas menjalani 'kuarantin' 12 bulan daripada sebarang perlawanan, pemain kelahiran Argentina itu dijangka terus diberi peluang untuk kembali mendapatkan prestasi sebenar.

Dalam masa sama, baru-baru ini media sosial tular surat daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung status penggantungan tujuh pemain berkenaan.

Dan perkara itu telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Shazli Shaik dalam satu kenyataan termasuk ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz, yang gembira dengan kepulangan mereka.

Ini termasuk Gabriel Felipe Arrocha, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano turut berpotensi diturunkan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas ini.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved