Akhirnya Pihak Pendakwaan Tutup Kes Bunuh Pelajar Tingkatan Lima, Zaharif Affendi

LocalPolitics
17 Jan 2025 • 7:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pelajar tingkatan lima

Kes pembunuhan tragis melibatkan pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamriekini memasuki fasa baharu apabila pihak pendakwaan menutup kes selepas 33 saksi selesai memberi keterangan.

Menurut laporan Kosmo, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz memaklumkan perkara tersebut kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Bhupindar Singh, selepas saksi terakhir, Asisten Superintenden S. Dasarathan selesai memberikan keterangan hari ini.

Pihak pendakwaan tiada saksi lagi untuk dipanggil dan ingin memaklumkan pendakwaan menutup kes kami hari ini.

33 saksi dipanggil, termasuk kanak-kanak

image is not available

Sejak kes ini mula dibicarakan pada 5 November lalu, seramai 33 saksi telah tampil memberi keterangan, termasuk kakak dan bapa mangsa.

Antara saksi penting ialah:

  • Farah Ad-Din Nordin (Pegawai Sains Kriminalistik)
  • Nor Alfarizan Mokhtaruddin (Pegawai Sains DNA)
  • Wan Noor Mahirah Majidin (Pegawai Sains Toksikologi)
  • Asisten Superintenden Mohamad Nizam Husain (Pegawai Siasatan Forensik Makmal)
  • Tujuh saksi kanak-kanak, yang memberi keterangan secara tertutup.

Tarikh baharu untuk hujahan

image is not available

Hakim Bhupindar Singh telah menetapkan tarikh berikut untuk proses seterusnya:

  • 14 Mac 2025: Pasukan pembelaan perlu memfailkan hujahan bertulis.
  • 11 April 2025: Pendakwaan memfailkan hujahan balas.
  • 14 April 2025: Sebutan semula kes melalui sidang ‘Zoom’ untuk menentukan tarikh hujahan lisan.

Mahkamah kemudian akan memutuskan sama ada tertuduh, Mohd. Nazri, akan dilepaskan atau diperintah membela diri.

Pasukan terlibat

Pendakwaan dikendalikan oleh:

  • Timbalan Pendakwa Raya: Afzainizam Abdul Aziz, Nasrul Hadi Abdul Ghani, dan Low Qin Hui.

Manakala pembelaan diwakili oleh:

  • Peguam: M. Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.

#OhmediaNasihat

Kes ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak, terutama di sekolah dan persekitaran mereka. Ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam mendidik tentang bahaya keganasan dan cara melaporkannya kepada pihak berkuasa.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.