Akhirnya Sah Bercerai, Ibu Syamsul ‘Delete’ Gambar Dengan Puteri Sarah?

15 Jun 2023 • 12:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Susulan berita tersebut, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail dipercayai memadam gambar terbaharu bersama menantu kesayangannya itu.

Bukan itu sahaja, Datin Patimah turut membuang gambar profil dari akaun Instagram miliknya dan tidak memuat naik sebarang hantaran selepas berita perpisahan anaknya.

image is not available

Meninjau di laman Instagram, isteri kepada Yusof Haslam itu bagaimanapun masih menyimpan gambar lama bersama Sarah sekitar tahun 2020 dan 2021.

Menjengah di ruangan komen, ada segelintir pihak yang mengatakan mungkin Datin Patimah terlalu kecewa dengan sikap anaknya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap mungkin Datin Patimah masih belum dapat menerima menantu kesayangannya memilih untuk berpisah.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

(TERKINI) Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu Di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur