Akhirnya Tarikh Pelancaran Proton X70 2025 Sudah Terjawab

LocalCars
9 Aug 2024 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, tinggal enam hari lagi untuk pengeluar kereta nasional, Proton melancarkan secara rasminya Proton X70 2025.

Model facelift itu disahkan akan dilancarkan pada 15 Ogos ini namun demikian tempahan untuk model berkenaan sudah pun dibuka sejak dua minggu lepas.

image is not available

Berdasarkan laman web Proton, Proton Cars tertera gambar Proton X70 2025 dan kapsyen:

"Proton X70’s global counterpart, Geely Boyue is already loved by over 1.3 million drivers in 49 countries. Now, the 2025 PROTON X70 is ready to take the Malaysian roads by storm.

"Just 6 days to go! Stay tuned as we unveil the Intelligence That Inspires live on 15 August,” tulisnya.

Dikhabarkan, versi terkini yang dipertingkatkan ini menampilkan bahagian luar yang diperbaharui dengan ketara.

Selain prestasi yang lebih baik, model terbaharu itu dikatakan lebih menarik secara estetik dan memberikan pengalaman pemanduan yang lebih memuaskan.

Untuk makluman anda, ia didatangkan dalam empat varian seperti dibawah.

image is not available

Setakat ini, butiran lanjut Proton X70 2025 sudah pun didedahkan kecuali harga.

Mengenai harga, kami berpendapat Proton tidak akan tersasar jauh dari angka versi keluarannya sebelum ini, yang dijual antara RM93,900 dan RM121,800.

Apa pula pandangan anda?