Akhyar, Eyka teruja bakal timang anak lelaki

LocalEntertainment
12 Apr 2026 • 8:53 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Pelakon, Eyka Farhana dan suaminya, pemain bola sepak Akhyar Rashid, bakal menimang cahaya mata lelaki sulung tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Eyka Farhana menerusi Instagram miliknya yang memaparkan suasana majlis ‘gender reveal’ pasangan tersebut yang berlangsung pada petang Ahad.

“Syukur Alhamdulillah, it’s a…”, tulisnya ringkas

Menerusi video berkenaan, jantina bayi diumumkan melalui letusan asap berwarna biru yang memenuhi ruang, sekali gus menandakan pasangan itu bakal menerima anak lelaki.

Dalam masa sama, ramai rakan selebriti turut membuat andaian bahawa pasangan itu bakal menimang anak lelaki. 

Kegembiraan jelas terpancar apabila Akhyar dilihat melompat keriangan sebaik mengetahui jantina anak sulungnya, disusuli sorakan tetamu yang hadir.

Sebelum ini, pada Februari lalu, Eyka berkongsi berita kehamilannya menerusi video sesi fotografi bersama suaminya di tepi pantai, namun tidak mendedahkan butiran lanjut.

Untuk rekod, Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024 dan kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved