Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar ‘Sunrise Attack’ Di Kundasang

15 Dec 2022 • 9:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang takkan menyesal!

Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar ‘Sunrise Attack’ Di Kundasang. Masih mencari tempat untuk anda melihat pemandangan matahari terbit hujung minggu ini? Bah, kalau anda berkeinginan untuk ke Kundasang atau kebetulan berada di sekitar Kundasang, ada satu lokasi menarik yang kami cadangkan untuk anda iaitu Aki-Aki Trail.

Jarak dari tapak permulaan sehingga ke puncak yang menempatkan Menara Aki-Aki ini adalah sejauh 3.3 kilometer, dengan ketinggian 1,780 meter. Walaupun tidak sepopular Maragang Hills, tetapi rata-rata pengunjung dan pendaki yang pernah melalui trail ini berpendapat bahawa pemandangan dan suasana di sini adalah setanding dengan keindahan Maragang Hills!

image is not available
Kredit : FB Aki-Aki Trail

Boleh nampak puncak Gunung Kinabalu dengan jelas di puncak Aki-Aki Trail

Tarikan utama apabila anda sampai ke puncak Aki-Aki Trail adalah semestinya untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat jelas dan indah. Terdapat dua pakej utama yang menjadi tarikan di sini iaitu pakej pendakian matahari terbit (sunrise) dan matahari terbenam (sunset).

image is not available
Pemandangan Gunung Trus Madi dari puncak Aki-Aki Trail. Kredit : IG @rosesabahlady

Untuk mereka yang berminat untuk mengambil pakej matahari terbit, anda boleh mendaki secara berkumpulan (5 orang). Anda juga perlu bersedia seawal jam 2.30 pagi jika ingin mendapatkan pemandangan matahari terbit yang memukau. Silap hari bulan, anda juga boleh menangkap gambar bintang di langit sekiranya anda sempat tiba di menara sebelum subuh.

image is not available
Aki-Aki Trail, Lokasi Pendakian Mengejar ‘Sunrise Attack’ Di Kundasang. Kredit : FB Hasbul Hadi Majid

Pakej matahari terbenam pula bermula seawal jam 3 petang.

image is not available
Kredit : FB Aki-Aki Trail

image is not available
Kredit : FB Aki-Aki Trail

Namun demikian, anda juga boleh mendapatkan pakej biasa untuk 5 orang termasuk pemandu arah dan kenderaan. Pakej ini bermula pada jam 6.30 pagi. Istimewanya, pendakian ke Aki-Aki Trail ini juga akan diberikan sijil dengan tambahan yuran sebanyak RM 5 sahaja!

Trail ini dilengkapi dengan jambatan dan jajaran tangga kayu

Sepanjang perjalanan menuju ke puncak, anda akan melalui tangga kayu yang dibina khas untuk memudahkan perjalanan para pengunjung. Malah, anda juga akan melalui jambatan di mana terdapat aliran Sungai Liwagu yang jernih mengalir di bawahnya.

image is not available
Sungai Liwagu sepanjang Aki-Aki Trail, Kundasang. Kredit : IG @lester_potatoedits

Walaupun terdapat kawasan yang mendatar sedikit berbukit, anda juga perlu mempersiapkan mental anda kerana laluan trail Aki-Aki ini sememangnya mempunyai jajaran tangga yang panjang dan tinggi. Kalau anda kepenatan, anda boleh berhenti berehat di sebuah pondok kecil yang baru dibina di KM 2 Aki-Aki Trail. Slowly but surely sampai!

image is not available
Kredit : IG @lucy.liews

image is not available
Kredit : FB Aki-Aki Trail

image is not available
Kredit : FB Hasbul Hadi Majid

Bakal buka sulap untuk menginap dan aktiviti malam

Tidak lama lagi, Aki-Aki Trail juga akan membuka pakej penginapan di sulap (pondok) Aki-Aki Basecamp di mana anda boleh bermalam dan melakukan aktiviti menarik seperti night walk, stargazing dan macam-macam lagi. Sewaktu artikel ini ditulis, sulap Aki-Aki Basecamp ini masih dalam pembinaan untuk menyambut pengunjung yang akan datang kelak.

image is not available
Kredit : FB Aki-Aki Trail

image is not available
Kredit : FB Aki-Aki Trail

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Facebook rasmi mereka, Aki-Aki Trail atau menghubungi terus di talian berikut untuk tempahan;

Elson : +601132664710

Hanson : +601132664695

Facebook : Aki-Aki Trail

Lame sangat kalau tidur kat hotel? Bah, cuba menginap kat sini pula :

View Original Article