Akibat Guna Wali Hakim Warga Asing, Perkahwinan 34 Tahun Rupanya Tak Sah!

21 Jun 2022 • 12:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan mana yang tidak sedih apabila perkahwinan yang sudah dibina bertahun lama hancur sekelip mata disebabkan kesalahan diri sendiri.

Satu kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok ini yang juga difahamkan bekerja sebagai pendaftar nikah boleh dijadikan pengajaran buat orang ramai.

Melalui perkongsiaan tersebut, wanita berkenaan datang semula kepada pendaftar nikah berkenaan untuk mendaftar semula perkahwinan bersama suami, tetapi satu berita yang tidak disangka berlaku apabila mendapati perkahwinan yang dibina selama 34 tahun tidak sah.

Difahamkan, perkahwinan yang dibina bertahun-tahun itu tidak sah disisi agama serta syarak kerana mereka menggunakan wali hakim yang bukan warganegara.

Apabila ditanya kenapa menggunakan wali hakim warga asing, wanita itu memberitahu bapanya tidak merestui perkahwinan terbabit kerana perlu berpoligami dan disebabkan itu, mereka terpaksa menggunakan wali hakim tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati atas nasib anak-anak mereka yang terpaksa menerima khabar yang tidak enak seperti ini atas kepentingan diri ibu bapa mereka.

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 4 jam lalu

"Muka Dia Pucat Macam Dah Meninggal" - Ibu Sangka Lemas, Rupanya Anak Umur 5 Tahun Diberi Syabu Oleh Sepupu