
Akibat Inflasi, Gen Z & Millenniel Perlu Ada Simpanan RM 14.2 Juta Untuk Hidup Selesa Selepas Pencen – Kajian
Wang simpanan merupakan antara hal yang penting untuk persediaan kita selepas bersara untuk meneruskan hidup dengan selesa di masa akan datang. Namun, dengan kadar inflasi yang meningkat ketika ini, kadar wang simpanan juga perlu ditingkatkan agar kehidupan selepas bersara kelak lebih terjamin.
Menurut kajian Banking Rates menerusi Yahoo! Finance, sebelum ini orang ramai perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM4.7 juta untuk hidup dalam keadaan yang selesa selepas mereka bersara.
Walau bagaimanapun, dengan analisis terbaru yang dijalankan oleh Wealthcare Financial, kini Gen Z dan juga milenium yang akan besara memerlukan sekurang-kurangnya simpanan sebanyak RM500,000 hingga RM700,000 setahun untuk hidup dengan selesa bersamaan dengan RM14.2 juta purata apabila bersara.
Inflasi menyebabkan kos persaraan meningkat
Seperti yang semua sedia maklum, kos sara hidup telah meningkat secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat peningkatan harga rumah, barangan runcit, gas dan keperluan harian lain dan ia dijangka akan menjadi lebih mahal apabila generasi muda hari ini bersara kelak.
Salah seorang rakan kongsi di Wealthcare Financial, Shaun Tarzy berkata, inflasi memainkan peranan penting apabila seseorang itu merancang kehidupan selepas persaraan terutama sekali kepada generasi muda disebabkan harga barangan keperluan yang meningkat.
Meskipun itu, tidak semua orang memerlukan RM14.2 juta untuk menampung kehidupan mereka selepas bersara. Jumlah tersebut hanyalan andaian kepada mereka yang memerlukan RM700,000 setahun dalam jangka tempoh persaraan dalam 20 tahun akan datang.
“Nilai RM14,2 juta tersebut hanyalah angka julat yang diperlukan bergantung pada pendapatan semasa. Jadi, Gen Z dan milenium harus menjadikan ini sebagai matlamat, tidak semestinya angka itu yang perlu mereka simpan sebagai jaminan selepas bersara,” jelasnya.
Simpanan sepatutnya 15 & 20 peratus dari jumlah pendapatan kasar
Berdasarkan kajian yang dilakukan merentasi had umur, kebanyakkan pelanggan menyimpan purata RM2,373 pada setiap bulan sebagai simpanan selepas mereka bersara, namun persoalannya adakah ia mencukupi?
Menurut seorang lagi rakan kongsi mereka, Michael Biggiano berkata, malangnya jumlah tersebut mungkin tidak mencukupi untuk mengumpul RM189,839 setahun. Biasanya, jumlah simpanan haruslah 15% hingga 20% dari jumlah pendapatan kasar bulanan.
“Namun, jika anda mampu untuk menyumbang lebih banyak lagi, anda patu melakukannya,” jelasnya.
Perkara yang perlu dilakukan jika gagal melakukan matlamat simpanan persaraan
Memetik laporan Wealthcare Financial, Gen Z dan milenium sepatutnya mempunyai simpanan persaraan sebanyak RM2.3 juta pada usia mereka 25 tahun, RM4.7 juta pada usia 40 tahun, RM9.4 juta pada usia 50 tahun dan RM14.2 juta pada usia mereka 60 tahun.
Oleh itu, jika anda berada di luar kadar tersebut, anda perlu melakukan beberapa langkah untuk memastikan matlamat itu dicapai. Sebagai contoh, anda mungkin boleh mula melakukan pelaburan dan sebagainya.
Walaupun kajian ini dilakukan di luar negara, namun ia boleh memberikan sedikit gambaran kepada kita semua tentang simpanan selepas persaraan.
Sumber: Yahoo! Finance
The post Akibat Inflasi, Gen Z & Millenniel Perlu Ada Simpanan RM 14.2 Juta Untuk Hidup Selesa Selepas Pencen – Kajian appeared first on Siakap Keli.
