Akibat Protes Doktor, ‘Resident Playbook’ Batal Siaran Tahun Ini

Entertainment
16 May 2024 • 11:37 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ada berita buruk buat semua yang menantikan tayangan perdana “Resident Playbook”..

Baru-baru ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan drama sekuel “Hospital Playbook” yang menampilkan kehidupan doktor pelatih gagal untuk ditayangkan pada tahun ini.

Respon tvN,

Waktu siaran ‘Resident Playbook’ belum lagi ditentukan. Drama ‘Thank You’ disahkan bakal ditayangkan selepas ‘The Romance In Midnight Hagwon’ tamat.

image is not available

Sepatutnya, “Resident Playbook” menemui penonton pada Mei ini namun keputusan untuk menangguhkan siaran dibuat selepas ribuan doktor di Korea melakukan protes besar-besaran dek ketidakadilan di tempat kerja selain ramai yang turut meletakkan jawatan.

Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan sebarang isu atau kontroversi timbul memandangkan “Resident Playbook” membawa tema kehidupan doktor di hospital.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.