Akibat Sepak Pengadil, Kontrak Yazan Al-Arab Ditamatkan – Selangor FC

4 Oct 2023 • 10:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selangor FC mengeluarkan satu kenyataan berikutan insiden membabitkan salah seorang pemainnya, Yazan Al-Arab yang bertindak menyepak pengadil dalam perlawanan menentang Terengganu FC pada 24 September lalu.

Dalam kenyataan pada Selasa, Selangor FC berkata kelab mereka telah menjalankan satu Prosiding Tatatertib berhubung insiden tersebut.

image is not available

Berdasarkan prosiding, pihak mereka telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Yazan Al-Arab bersama Selangor FC melalui penamatan kontrak bersama secara serta-merta.

“Kami di Selangor FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yazan Al-Arab di atas khidmat dan bakti beliau buat Red Giants sepanjang dua musim bersama dengan Kelab.

image is not available

“Kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk masa depan Yazan. Terima kasih, Yazan,” kata kenyataan tersebut.

image is not available

Terdahulu, insiden berkenaan berlaku selepas tamat perlawanan menentang Terengganu FC yang menunjukkan Selangor tewas dengan agregat 3-1.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan keputusan akhir, Yazan dilihat telah menyepak pengadil perlawanan tersebut Mohd Hasrol Mohd Amir.

Sumber: Facebook Selangor FC

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved