Akibat Trauma Di Rumah Amal, KKM Kenal Pasti Kanak-Kanak GISBH Berdepan Isu Kesihatan Mental

LocalHealth & Fitness
25 Sep 2024 • 4:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Kosmo, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti terdapat beberapa kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikendalikan oleh GISB Holdings Sdn Bhd berdepan dengan masalah kesihatan mental.

Ia susulan trauma yang dihadapi oleh mereka ketika menjadi penghuni di rumah amal GISBH.

image is not available

Kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, ketika ini pihak KKM menyediakan bantuan rawatan termasuk sistem sokongan kesihatan mental.

Diakui memang ada kanak-kanak itu yang memerlukan sistem sokongan kesihatan mental kerana mereka dipisahkan daripada keluarga dan ada yang tidak tahu keadaan sebenar (yang terjadi) kepada diri mereka.

image is not available

Dalam pada itu, Lukanisman berkata proses tersebut diserahkan kepada semua pakar-pakar (psikologi) yang dihantar ke Pulapol (KL).

image is not available 2 days ago

Ustaz Pukul Hingga Telinga Berdarah & Lapan Bulan Dikurung, Bekas Penghuni Dedah 'Darkside' Rumah Amal GISBH