Akim Ahmad, Stacy Anam Dikurniakan Anak Lelaki

Entertainment
6 Aug 2022 • 5:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar ihsan Instagram Stacy

Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan Akim & The Majistret menyatakan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada Stacy melalui akaun instgramnya sendiri apabila isteri tercintanya itu telah selamat melahirkan cahaya mata mereka  yang ketiga itu.

“Segala pujian selayaknya untuk-Mu Ya Allah.  Isteriku tercinta @stacyanam telah selamat melahirkan anak lelaki kami, Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” katanya. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad)

Akim dan Stacy  merupakan bekas pelajar daripada rancangan realiti TV Akademi Fantasia. Akim Stacy adalah juara AF Musim 6, manakala Akim menduduki tempat ketiga dalam  AF Musim 7.  

Pasangan yang telah mencipta lagu berjudul Cinta nyanyian Marsha Milan sehingga ia berjaya merangkul tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu Ke-36 pada Mac lalu ini  telah mendirikan rumahtangga  pada 5 Februari 2016.

Sepanjang perkahwinan mereka yang telah pun mencecah usia 6 tahun lebih itu, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata termasuk seorang yang baru dilahirkan pagi tadi. - Getaran, 6 Ogos 2022

View Original Article