
Kota Kinabalu: Seorang aktivis-ahli perniagaan, Datuk Mohd Akjan bin Datu Ali Muhammad menafikan mempunyai sebarang penglibatan dengan lelaki didakwa ketua kartel dadah yang kini dalam tahanan polis, walaupun individu terbabit yang berdiri di sebelahnya dalam satu video tular dinamakan suspek.
Akjan berkata beliau difitnah dalam video yang mengaitkannya dengan suspek dan dituduh memperoleh wang melalui aktiviti pengedaran dadah.
Akjan yang juga Pertubuhan Permuafakatan Perpaduan Masyarakat Peranakan Suluk Bajau berkata:
“Walaupun gambar yang ditunjukkan dalam video tular itu adalah tulen, ia diambil pada 2016 selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri apabila individu didakwa ketua dadah itu dan 20 orang dari Sandakan dan Lahad Datu datang ke rumah saya dekat sini kerana berhasrat menyertai Pekida Malaysia. Saya merupakan salah seorang pemimpin dan ahli dalam NGO itu ketika itu.
