Akmal Nasir gagal pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru

LocalPolitics
20 Apr 2025 • 9:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Akmal Nasrullah

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor Bahru dalam pemilihan parti kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru hanya memperoleh 587 undi, sekali gus tewas kepada pencabarnya, Mohamad Taufiq Ismail yang meraih 709 undi.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman sesawang rasmi keputusan Pemilihan PKR 2025, sebanyak 1,296 kertas undi dikeluarkan, manakala seramai 1,789 ahli layak mengundi bagi cabang berkenaan.

Keputusan rasmi itu turut disahkan menerusi borang keputusan yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.