Akmal Old Money Infaq Berbuka Puasa Lebih RM20K

LocalOpinion
2 Mar 2025 • 5:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Akmal infaq

Akmal Old Money sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas dikhabarkan telah membuat sumbangan puluhan ribu ringgit di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam.

Menerusi perkongsian daripada akaun thread Azmir44, beliau berkata Akmal telah menempah 40 slot sumbangan berbuka puasa untuk jemaah masjid tersebut dengan nilai lebih RM20,000.

1 slot RM500, 40 slot RM20,000

image is not available

Difahamkan, setiap slot tajaan berbuka puasa dan moreh bernilai RM500, manakala tempahan penuh untuk satu hari, iaitu sebanyak 40 slot, mencecah RM20,000.

Dengan adanya sumbangan yang besar ini, pihak masjid berupaya menyediakan juadah berbuka puasa yang mencukupi untuk lebih daripada 1,000 jemaah.

image is not available

Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban pihak masjid dalam menyediakan hidangan berbuka, tetapi juga membolehkan lebih ramai individu, termasuk golongan yang kurang berkemampuan, menikmati juadah dalam suasana yang harmoni dan penuh keberkatan.

#Apakataohmedia

Amalan bersedekah, terutama dalam bulan Ramadan bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan tetapi juga mendatangkan keberkatan dan ganjaran berlipat ganda.

Semoga contoh kebaikan Akmal Old Money ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai individu untuk berkongsi rezeki dan menyemai nilai keprihatinan dalam masyarakat.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Thread


The post

appeared first on

.

View Original Article