Akmal Saleh cabar Syahredzan bawa usul keluarkan BN daripada Kerajaan Perpaduan

LocalPolitics
2 Jun 2025 • 7:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Akmal Saleh

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan supaya membawa usul agar Barisan Nasional (BN) dikeluarkan daripada Kerajaan Perpaduan.

Cabaran tersebut dibuat susulan gesaan Syahredzan, yang juga Ahli Parlimen Bangi, agar MCA dikeluarkan daripada Kerajaan Perpaduan kerana didakwa sering menyerang Kerajaan Madani dengan fakta yang salah dan separuh masak.

Dr Muhamad Akmal menegaskan bahawa BN menyertai Kerajaan Perpaduan sebagai sebuah pasukan dan MCA adalah sebahagian daripada gabungan tersebut.

“Maka jika mahu ‘nyah’ seorang daripada keluarga kami, saya cabar YB Bangi (Syahredzan) untuk buat usul kepada Kerajaan Perpaduan supaya keluarkan BN keseluruhannya daripada kerajaan ini.

“Bila ditegur, meroyan tuduh orang sana sini. Jawab pun dengan angkuh.

“Saya tunggu YB Bangi berani atau tidak sahut cabaran saya itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Terdahulu, Syahredzan menyifatkan adalah lebih baik MCA keluar sahaja daripada Kerajaan Perpaduan berikutan tindakan pemimpinnya, khususnya Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang didakwa terus-menerus menyerang Kerajaan Madani dengan fakta yang tidak tepat.

Terbaharu, katanya, Ka Siong mempertikaikan pemansuhan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi, sedangkan keputusan tersebut dibuat ketika pentadbiran kerajaan terdahulu, yang turut melibatkan beliau sebagai anggota Kabinet.

Kenyataan itu dibuat susulan siri kenyataan dan kritikan berterusan oleh MCA terhadap Kerajaan Madani, meskipun parti tersebut masih berada dalam blok kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved