Akmal Saleh cadang BN Sabah kekal di kerusi pembangkang

LocalPolitics
1 Dec 2025 • 4:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Akmal Saleh

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) kekal sebagai pembangkang di Sabah bersama Parti Warisan (Warisan) dan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, dengan cara itu BN boleh menjadi pembangkang yang kuat serta semak dan imbang apa yang dilaksanakan kerajaan negeri.

“Rakyat nak kita jadi pembangkang sebab nak lihat kita berubah dengan lebih baik. Kita terima kekalahan secara bermaruah dan kita perbaiki kelemahan kita

“Baru rakyat boleh yakin dan kita kembali di hati rakyat. Dengar suara rakyat, insya-ALLAH rakyat kembali percaya pada kita,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Isnin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu mengumumkan GRS memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Warisan (25) kerusi dan BN (6) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Selain itu, Bebas (5), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (3), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) (2), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1), PN (1) dan PH (1).

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, situasi yang berlaku di Sabah juga tidak mustahil boleh melanda peringkat Pusat jika suara rakyat tidak didengari.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved