Akmal Saleh Dedah Ramai ‘Menggelupur’ Lepas Letak Jawatan Exco

LocalPolitics
16 Jan 2026 • 10:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Semua sedia maklum, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh buat kejutan bila umum meletakkan jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka. Keputusan itu katanya akan berkuat kuasa minggu hadapan.

Tindakan Akmal ni secara tak langsung cetuskan macam-macam reaksi, terutamanya bila beliau sendiri dedahkan ada pihak yang ‘tak senang duduk’ bila dia buat keputusan berani macam tu.

Ramai dikatakan ‘menggelupur’ bila Akmal Saleh letak jawatan

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, Akmal akui ramai yang gusar bila dia umum nak lepaskan jawatan. Katanya, ada pihak takut kalau-kalau dia akan jadi lebih lantang dan fokus menyerang selepas ni.

Bila saya umum letak jawatan Exco, ramai yang ‘menggelupur’, takut kononnya saya akan jadi full time hentam mereka lepas ini.- Katanya.

Tambah beliau, keputusan ini dibuat sebab dia mahu beri sepenuh komitmen terhadap perjuangan UMNO dan memperjuangkan nasib rakyat.

Akmal Saleh yakinkan penyokong agar jangan risau

image is not available

Akmal sempat tenangkan para penyokong dan sahabat-sahabat yang hadir ketika sesi ucapan di Perhimpunan Agung Putera UMNO dekat WTC semalam. Nada beliau jelas menunjukkan keyakinan untuk terus bergerak aktif walaupun tanpa jawatan Exco.

Saya nak beritahu, bila Akmal Saleh letak jawatan Exco, insya-Allah saya akan lahirkan 300,000 lagi Akmal Saleh untuk hentam mereka nanti.- Tegasnya.

Kenyataan ni dilihat sebagai simbol semangat untuk menggerakkan lebih ramai anak muda yang vokal dan aktif dalam memperjuangkan suara rakyat.

Fokus penuh kepada perjuangan UMNO

image is not available

Sekarang bila dah lepaskan jawatan Exco, Akmal boleh fokus sepenuhnya pada peranan dalam UMNO. Tak perlu lagi terbatas dengan tanggungjawab kerajaan negeri, dan lebih bebas menyuarakan pendirian politiknya.

Langkah ni mungkin akan ubah landskap dalam UMNO, terutamanya dari sudut gerakan Pemuda.

Pssttt! Ohmedia rasa kadang-kadang dalam hidup, kena ada keberanian untuk lepaskan sesuatu demi matlamat yang lebih besar. Tapi jangan lupa, semangat pun kena selari dengan tindakan bijak, baru boleh betul-betul bawa perubahan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Akmal Saleh Dedah Ramai ‘Menggelupur’ Lepas Letak Jawatan Exco appeared first on Oh! Media.