Akmal Saleh mohon maaf, minta doa dipermudah tunai haji

LocalPolitics
19 May 2026 • 10:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menitipkan permohonan maaf dan memohon doa orang ramai sebelum berangkat menunaikan ibadah haji bersama isteri serta ibunya.

Perkongsian itu dibuat menerusi satu hantaran di Facebook miliknya yang turut disertakan video ucapan ringkas kepada para penyokong dan pengikutnya.

Image from: Akmal Saleh mohon maaf, minta doa dipermudah tunai haji

Dalam kapsyen di hantaran tersebut, Akmal memohon keampunan sekiranya pernah melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak sepanjang urusannya sebelum ini.

“Kami mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan yang kami lakukan secara sengaja atau tidak.
“Doakan agar perjalanan kami menuju rumah Allah ini dipermudahkan dan diberikan kita semua haji yang mabrur Insya-Allah.
“Semoga kita bertemu lagi,” tulisnya pada Isnin.

Menerusi video yang dimuat naik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan turut meminta orang ramai mendoakan urusan beliau dan keluarganya dipermudahkan sepanjang berada di Tanah Suci.

“So, kawan-kawan, tolong doakanlah ya. Doakan untuk perjalanan saya dan isteri dan juga mak saya,” katanya.

Image from: Akmal Saleh mohon maaf, minta doa dipermudah tunai haji

Dalam pada itu, Akmal turut mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang beliau aktif dalam dunia politik dan kehidupan harian.

“Saya nak ambil kesempatan ini. Saya mohon maaf kalau ada salah pun,” ujarnya.

Image from: Akmal Saleh mohon maaf, minta doa dipermudah tunai haji

Pada masa sama, beliau berharap orang ramai terus mendoakan kesejahteraan dirinya selain berjanji akan turut mendoakan semua kenalan dan penyokongnya ketika berada di Mekah nanti.

“Moga saya ingat bukan saya je doa untuk kawan-kawan. Tapi saya minta kawan-kawan doa untuk saya juga,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

View Original Article