Akmal Saleh selar Fadhli Shaari isu Kampung Sungai Baru -“Jangan salahkan orang lain”

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 9:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh selar kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mendakwa pengosongan 179 penduduk Kampung Sungai Baru dibuat secara tergesa-gesa.

Akmal Saleh selar Fadhli Shaari, PAS turut terlibat dalam isu terbabit

Menerusi kenyataan dibuat Akmal di Facebook, beliau menegaskan PAS juga perlu bertanggungjawab kerana pengambilalihan tanah itu bermula pada 2021 melalui akta pengambilan tanah ketika parti tersebut masih bersama kerajaan.

“Fakta yang perlu kita tahu adalah kerajaan menggunakan akta pengambilan tanah untuk mengambil alih tanah di Kampung Sungai Baru pada 2021 dan ketika itu anda (PAS) juga sebahagian daripada kerajaan,” tulisnya.

image is not available

Akmal Saleh selar Fadhli Shaari, minta tak sibuk salahkan orang lain

Susulan daripada itu, Akmal meminta Fadhli untuk tidak sibuk menyalahkan orang lain seperti PAS tidak bersalah dalam perkara tersebut sehingga penduduk Kampung Sungai Baru perlu mengosongkan kawasan tersebut.

Titik. Jangan salahkan orang lain,” tulisnya.

image is not available

Sebelum ini, Ahmad Fadhli menyifatkan tindakan pemaju melaksanakan pengosongan berasaskan Order 89 sebagai melampaui batas kemanusiaan dan tergesa-gesa kerana rayuan penangguhan penduduk dijadualkan dibicarakan di Mahkamah Rayuan pada 3 Oktober depan.

image is not available

Beliau menegaskan pemaju wajar menunjukkan budi bicara dengan menunggu keputusan rayuan sebelum bertindak.

Sumber: Facebook Akmal Saleh