Akmal Saleh terpaksa pendekkan umrah, teguh hadapi pertuduhan demi martabat negara

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 9:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Salleh, terpaksa memendekkan ibadah umrahnya bagi menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Jumaat ini.

Menurut Dr. Muhammad Akmal, beliau dimaklumkan pihak polis mengenai pertuduhan tersebut ketika sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

image is not available

“Justeru, saya akan pendekkan umrah saya dan akan pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan tersebut pada hari Jumaat ini di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam puFB kul 8.00 pagi.
“Mohon doakan saya. Jika ini harga yang saya perlu bayar untuk memartabatkan kedaulatan negara, saya tidak akan berganjak walau seinci sekalipun,” katanya dalam hantaran Facebook.

image is not available

Akmal Saleh terpaksa pendekkan umrah

Sebelum ini, Dr. Muhammad Akmal mengetuai perarakan di Kepala Batas pada 14 Ogos lalu berhubung isu Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di sebuah premis perniagaan.

image is not available

Tindakan itu mencetuskan kecaman pelbagai pihak, khususnya pemimpin politik daripada DAP.

Sumber: FB Akmal Saleh