Akmal Salleh Terjah Kilang Beras, Tarik Balik Lesen Jika Enggan Patuh Arahan

Politics
26 Sep 2023 • 2:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh terjah operasi kilang beras dan memberi amaran kepada pihak penghilang untuk menarik semula lesen pengilang.

Terjah kilang beras, tarik balik lesen jika enggan

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, ia akan dibuat sekiranya pihak pengilang beras gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Menerusi hantaran tersebut, jelas memapakan EXCO kerajaan Melaka itu memberi amaran keras untuk menarik lesen kepada mereka yang enggan mengeluarkan beras tempatan dengan paket dan harga yang telah ditetapkan kerajaan.

“Kalau you (awak) tak mahu buat, you cakap. I (saya) tarik balik you punya lesen. Kalau you cakap you rugi, ini kerajaan punya arahan tahu RM26 sepaket.
“Kalau you rugi, you cakap dengan I sekarang. I tarik you punya lesen kasi (beri) orang lain hantar (beras).
“Sekarang ini, you punya lesen. You kata rugi jika tak mahu jual (beras tempatan), I boleh panggil kerajaan tarik you punya lesen semua,”katanya.

Akmal berkata, pihak pengilang tidak boleh menjadikan alasan margin kecil sebagai punca untuk tidak mengeluarkan beras tempatan kerana ia adalah makanan ruji rakyat Malaysia.

Tegas Akmal, dia tidak peduli sekiranya pihak pengilang mengatakan mereka akan mengalami kerugian kerana ia harus berada di pasaran. Katanya lagi, ia bukanlah soal diskriminasi, sebaliknya mengutamakan keperluan rakyat tempatan.

image is not available

Sebelum ini, Akmal mencadangkan supaya kerajaan untuk mengehadkan penjualan beras tempatan kepada warga asing. Ia berikutan kenaikan harga yang didorong oleh kekurangan bekalan di pasaran.

Sumber: FB Akmal Saleh