AKPS Tolak Kemasukan 112 Warga Asing Di KLIA

21 May 2025 • 10:07 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

AKPS Tolak Kemasukan 112 Warga Asing Di KLIA

SEPANG, 20 Mei (Bernama) — Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menolak kemasukan 112 warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan agensi itu.

AKPS dalam kenyataan memaklumkan mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Pakistan dan India.

“Mereka telah dibawa ke Pejabat Unit Pemantau AKPS KLIA untuk pemeriksaan lanjut sebelum keputusan rasmi penolakan kemasukan dikeluarkan terhadap mereka,” menurut kenyataan itu.

AKPS memaklumkan operasi terbabit memeriksa 300 individu dari pelbagai negara dan mendapati sebilangan daripada warga asing itu telah mendarat lebih enam jam, namun tidak hadir ke kaunter untuk pemeriksaan imigresen.

Hasil pemantauan mendapati tindakan mereka ini disengajakan dan mencetuskan keraguan terhadap tujuan kedatangan ke negara ini.

AKPS akan terus mempergiat aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pintu masuk serta kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara.

Sumber: BERNAMA