Aksesori Panel Belakang, Lensa dan Dompet CMF Phone 2 Pro Tidak Dijual Di Malaysia

TechnologyDigital
30 Apr 2025 • 8:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CMF Phone 2 Pro dilancarkan secara rasmi lewat Isnin lalu pada harga RM1199. Seperti CMF Phone 1, keunikan peranti ini terletak pada aksesori modular yang ditawarkan. Tetapi di Malaysia, pihak CMF mengesahkan hanya tali lanyard sahaja akan dijual secara rasmi.

image is not available

Aksesori panel belakang dengan magnet, lensa mata ikan, lensa makro dan dompet merangkap tongkat walau bagaimanapun tidak akan ditawarkan. Ini adalah selepas melihat kepada sambutan pengguna di Malaysia ke atas beberapa aksesori yang ditawarkan dengan CMF Phone 1 tahun lalu.

Turut disahkan ialah versi warna hijau juga kekal eksklusif untuk pasaran India, United Kingdom dan beberapa negara Eropah sahaja. Di Malaysia hanya warna putih, oren dan hitam ditawarkan.

CMF Phone 2 Pro hadir dengan skrin 6.77″ AMOLED 120Hz, dijana cip Dimensity 7300 Pro, memori 8GB RAM, storan 256GB, bateri 5000 mAh, kamera utama 50+8+50 MP dan kamera hadapan 16MP. Peranti kini melepasi piawaian IP65 dan turut mempunyai butang tambahan Essential Key untuk mengawal kamera serta menyeru pembantu maya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved