Aksesori PC Microsoft Kini Dijual Di Bawah Jenama Incase

TechnologyDigital
5 Jan 2024 • 9:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu Microsoft melalukan kejutan selepas mengumumkan tidak lagi akan menjual aksesori PC seperti papan kekunci, tetikus dan kamera web yang ditawarkan sejak berdekad lamanya. Sebaliknya tumpuan hanya akan diberikan kepada aksesori-aksesori peranti Surface sahaja selepas ini. Bagi peminat yang kecewa, anda kini boleh bergembira kerana ia telah dilesenkan kepada Incase.

image is not available

Produk seperti Sculp Comfort, Ergonomic Keyboard dan Wireless Comfort kini dijual oleh Incase dengan penjenamaan “Incase Designed by Microsoft”. Incase mengekalkan rantaian bekalan dan pengeluar aksesori Microsoft oleh itu rekaan serta kualitinya masih sama seperti dahulu cuma di bawah jenama berbeza.

Secara keseluruhan 23 aksesori Incase Designed by Microsoft akan ditawarkan kepada pengguna dalam masa terdekat. Tidak diketahui sama ada produk-produk ini akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Saya secara peribadi telah menggunakan Wireless Comfort Desktop 5050 hampir lima belas tahun kerana ia satu-satunya yang tidak mendatangkan kesakitan RSI pada pergelangan tangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved