Aksesori USB-C apa yang padan dengan iPhone 15? Ini senarai Apple

Digital
25 Sep 2023 • 7:32 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Port USB-C pada iPhone 15 dilihat sebagai naik taraf signifikan kerana kini semua telefon pintar moden telah dilengkapi penyambung universal yang boleh berkongsi kabel antara satu sama lain. Selain itu, salah satu manfaat USB-C juga adalah banyaknya aksesori tambahan yang boleh digunakan. Contohnya dalam video iklan iPhone 15, Apple mendemonstrasikan rakaman terus ke dalam storan luaran tanpa melalui storan dalaman. Aksesori apa lagi yang boleh disambung pada iPhone 15?

image is not available

Berdasarkan laman sokongan iPhone 15 di laman rasmi Apple, ada beberapa lagi aksesori yang boleh memanfaatkan port USB-C telefon itu. Pertama, anda boleh gunakan kabel USB-C ke USB-C untuk sambungkan telefon dengan iPad, Mac, dan komputer lain. Apple Carplay berkabel juga mengguna pakai kabel yang sama. Itu ramai yang sedia tahu.

image is not available

Seterusnya, iPhone 15 boleh mengecas keluar pada kadar 4.5W untuk mengecas peranti kecil lain seperti Airpods, dan Apple Watch. Contohnya, Apple Watch Magnetic Fast Charger boleh disambung terus kepada iPhone 15 untuk anda cas jam tangan pintar anda itu.

image is not available

Apple turut membenarkan anda menyambung kelengkapan audio USB-C untuk salurkan audio keluar. Contohnya, anda boleh sambung earfon, headfon, dan penukar isyarat digital-kepada-analog (DAC) untuk mendengar audio pada kadar bit yang lebih tinggi.

image is not available

Untuk melihat kandungan telefon di skrin yang lebih besar, anda boleh gunakan USB-C Digital AV Multiport Adapter.

image is not available

Apabila digunakan, iPhone 15 boleh keluarkan imej pada resolusi 4K sehingga 60Hz untuk anda tonton kandungan pada resolusi yang lebih tinggi. Malah, sekiranya anda mempunyai panel paparan yang menyokong input USB, anda boleh sambungkan terus telefon ke monitor menggunakan kabel USB-C ke USB-C yang bersesuaian.

image is not available

Di X, terdapat pengguna awal yang berjaya merakam video terus ke dalam pembaca kad SD dalam forman Apple ProRes RAW.

Tidak dilupakan juga ada pengguna yang menyambungkan penyesuai USB-C kepada Ethernet dan beroleh kelajuan Internet melebihi 800Mbps.

image is not available

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan yang kabel USB-C yang disertakan dalam kotak iPhone 15 hanya menyokong kelajuan USB 2 sahaja dan ia adalah maksimum untuk iPhone 15 dan iPhone 15 Plus. Sekiranya anda ingin menikmati perpindahan data pantas USB 3, anda perlu beli kabel tambahan.

Sumber: Apple

Bacaan berkaitan