
NAMA aktres Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan kembali menjadi perhatian dunia fesyen apabila tampil di pentas peragaan L’Oréal Paris sempena Paris Fashion Week, baru-baru ini.
Lebih menarik, Aishwarya berkongsi pentas dengan model antarabangsa Kendall Jenner dalam pertunjukan yang menghimpunkan barisan selebriti dan personaliti terkenal dunia.
Aishwarya tampil memukau memakai busana berwarna hitam dipadankan pula dengan tiara di kepalanya sekaligus menjelmakan aura seorang ratu.
Pada akhir pertunjukan fesyen berkenaan, dia berjalan berpimpin tangan bersama Kendall dan video mereka tular dalam media sosial.
Selain Kendall, Aishwarya turut berada dalam barisan yang menampilkan nama besar seperti Eva Longoria, Simone Ashley, Viola Davis, Jane Fonda, Heidi Klum dan Cara Delevingne.
Aishwarya turut mencuri tumpuan apabila dilihat berkongsi momen mesra bersama penyanyi legenda Céline Dion. Kedua-duanya berpelukan dan menari ketika Dion membuat kemunculan mengejut untuk mempersembahkan lagu I’m Alive pada penghujung acara.
The post Aksi Aishwarya, Kendall Jenner di Paris curi tumpuan appeared first on Kosmo Online.

