Aksi anjing K9 lengkap berkasut, berkaca mata curi tumpuan

31 Aug 2026 • 11:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aksi anjing K9 lengkap berkasut, berkaca mata curi tumpuan

PUTRAJAYA – Kehadiran hero ‘berkaki empat’ milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mencuri perhatian pengunjung apabila mengenakan kasut serta memakai kaca mata hitam ketika menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini.

Hero terbabit daripada unit K9 PDRM bukan sahaja kelihatan segak dengan persalinan itu, malah ada antara haiwan itu kelihatan tenang seolah-olah sudah biasa menjadi perhatian ketika berkawad bersama pengendalinya.

Unit K9 PDRM menyertai perarakan bersama 18 pegawai polis dan 16 ekor anjing, manakala Pasukan Pengendali Anjing Perang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula membabitkan 25 anggota bersama 25 ekor anjing.

Dalam pada itu, kemeriahan perarakan turut diserikan dengan penyertaan Skuadron Istiadat Berkuda ATM yang menampilkan 43 ekor kuda istiadat.

Hari ini, Dataran Putrajaya menyaksikan perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 yang melibatkan lebih 10,819 peserta daripada 76 kontinjen selain melibatkan 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias, 328 aset darat, laut dan udara serta 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan. – KOSMO! ONLINE

The post Aksi anjing K9 lengkap berkasut, berkaca mata curi tumpuan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved