
Hujung Minggu ini menjanjikan pelbagai acara menarik buat peminat automotif tempatan apabila beberapa acara berskala besar berlangsung serentak di dua lokasi utama iaitu Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang dan MITEC Kuala Lumpur.
Perlumbaan Gandingan MTCC, TSS dan Toyota Gazoo Racing Malaysia
Bermula 8 hingga 10 Ogos, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang menjadi medan pertempuran sengit untuk tiga kejohanan utama: Malaysia Touring Car Championship (MTCC), Thailand Super Series (TSS) dan Toyota Gazoo Racing Malaysia. Gabungan perlumbaan tempatan dan antarabangsa ini dijangka menarik penyertaan pelumba hebat dan peminat dari seluruh rantau.
Dalam masa yang sama, Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 membuka tirainya di MITEC. Berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos, acara ini menghimpunkan jenama-jenama modifikasi terkenal dari Jepun, pameran aksesori aftermarket, dan pelancaran kenderaan eksklusif yang pastinya mencuri tumpuan peminat JDM dan gaya modifikasi.
Mengakhiri hujung minggu, Mega Honda Meet bakal berlangsung di kawasan Main Grandstand dan Mall Area SIC pada 10 Ogos (Ahad) dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Perhimpunan besar-besaran ini akan mengumpulkan komuniti pemilik dan pencinta jenama Honda dalam satu suasana penuh semangat, disertai aktiviti komuniti, pameran kereta, jualan barangan dan pelbagai aktiviti sampingan.
Acara-acara ini membuktikan bahawa landskap automotif Malaysia terus berkembang dengan pelbagai pengisian bermakna dari perlumbaan kompetitif, budaya modifikasi hinggalah ke kekuatan komuniti jenama.
Teruskan Bersama Four Wheels..!!
The post Aksi Automotif Padat di Minggu Kedua Ogos 2025 appeared first on TW Media.
