Aksi Budak Nak Jadi Spiderman Panjat Keluar Balkoni Buat Netizen Gelisah

14 Dec 2022 • 5:58 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Tingkahlaku anak-anak ini memang sukar dijangka. Ada sahaja aktiviti yang berlegar di kepalanya. Lebih-lebih lagi ketika ibu bapa sedang sibuk dengan sesuatu kerja.

Viral satu klip video di mana seorang kanak-kanak lelaki nyaris terjatuh apabila leka bermain di balkoni sebuah apartmen

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang jiran yang kebetulan tinggal di blok menyeberangi rumah budak lelaki tersebut. Jiran itu juga cuba untuk memberi amaran dengan menjerit ke arah budak lelaki itu yang tidak sedar sedang berada di suatu situasi yang boleh membawa maut!

Selepas menyedari tingkahlakunya sedang diperhati, budak lelaki itu terus memanjat semula ke dalam rumah dan membatalkan niat aksi beraninya itu

Harap semua ibu bapa cuba yang terbaik dalam mengawasi setiap tingkah laku anak-anak.

View Original Article