Aksi comel curi perhatian, pelbagai baka si bulus serlah keunikan (FOTO ESEI)

16 Jun 2025 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Keunikan dan kecomelan si bulus yang menyertai program Royal Canin x MBPJ x KMU Cat Show 2025 pada 15 Jun lalu menarik perhatian ramai.

Suasana di pusat beli-belah IPC, Mutiara Damansara meriah dengan kepelbagaian dan keistimewaan si comel.

Bukan sekadar pertandingan, acara tahunan itu juga platform pertemuan antara komuniti peminat kucing, penggiat industri haiwan peliharaan, serta penjaga.

Pelbagai baka ditemui daripada Maine Coon kepada Sphynx yang eksotik – dipamer dan dinilai seterusnya menyerlahkan sisi istimewa setiap kucing.

Jurufoto FIKRI YUSOF merakam pelbagai detik menarik sepanjang acara berlangsung, dari wajah gembira pencinta kucing dan orang ramai yang teruja melihat aksi si comel.

image is not available
Juri membuat penilaian kucing berdasarkan beberapa kriteria ketika program Royal Canin X MBPJ X KMU Cat Show 2025.

 

image is not available
Ah Woo (kiri) dan Kawan kucing jenis Ragdoll masing-masing berusia lima bulan turut menyertai pertandingan.

 

image is not available
Peserta Fatin Nur Amanina Munef menggayakan Miko, kucing peliharaannya baka Maine Coon Polydactyl berusia 11 bulan.

 

image is not available
Kucing berbelang seperti harimau dari baka Toyger, Rufi berusia satu tahun enam bulan turut menyertai pertandingan.

 

image is not available
Pengunjung melihat ketangkasan dan kelincahan kucing yang menyertai pertandingan.

 

image is not available
Mohd Badrul Hisham bersama salah seekor kucingnya, Foxie baka Benggal berusia tiga bulan setengah.

 

image is not available
Orang ramai melihat pameran kucing ketika program Royal Canin X MBPJ X KMU Cat Show 2025 di pusat beli-belah IPC, Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

image is not available
Pengunjung memilih makanan kucing yang dijual ketika pertandingan.

 

image is not available
Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (dua, kiri) menyampaikan sijil penyertaan dan cek cura kepada pemenang kucing terbaik.