Aksi Comel Kanak-Kanak Bebel Bapa Pulang Lewat Lepas Berbasikal Undang Ketawa Ramai [Video]

Family & Parenting
27 Dec 2022 • 5:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
si kecil bebel bapa pulang lewat lepas berbasikal

Jika teringat semasa kecil dahulu kita sering dipesan oleh ibu bapa untuk pulang sebelum maghrib apabila keluar bermain pada waktu petang.

Malah dek kerana mahukan si anak pulang awal ada juga segelintir ibu bapa yang menakutkan anak mereka bahawa akan disorok oleh hantu sekiranya tidak pulang awal.

Maka kerana takut dengan atau bimbang dengan perkara itu ramai di antara kita ketika kecil dahulu yang akan pulang awal selain takut akan dimarahi oleh kedua orang tua.

Pulang ketika maghrib selepas berbasikal bapa dibebel anak kecil

Namun berbeza dengan kisah kanak-kanak ini apabila dia yang memarahi bapanya kerana pulang ketika waktu maghrib selepas berbasikal.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @iera_shac, kanak- kanak lelaki yang dikenali sebagai IDarwish itu bertanya kepada bapanya mengapakah dia pulang lewat sambil memegang penyangkut baju di luar rumah.

Malah apa yang melucukan kanak-kanak itu turut membuat aksi seperti ibu yang sedang memarahi anaknya kerana pulang lewat ke rumah selepas bermain.

“Mengapa awak lambat? Sekarang sudah masuk waktu maghrib.

“Lepas ini jangan bawak basikal sehingga malam, cuba tengok sekarang sudah malam dan sudah maghrib,” kata kanak-kanak itu.

Dengar suara bapa minta maaf pada anak kerana pulang lewat

Dalam video itu, turut kedengaran suara bapa kanak-kanak berkenaan meminta maaf kepada si kecil atas kelewatannya yang pulang lewat ketika waktu maghrib.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi comel kanak-kanak tersebut dan menyatakan ibunya tidak lagi perlu risau kerana sudah ada si kecil yang mengambil alih tugasnya untuk memberikan bebelan kepada bapa.

‘Anak dah ambil alih kerja mak ya’

image is not available

‘Mendapat. Siap hanger. Good luck lah si ayahnya’

image is not available

‘Kena berleter dulu baru boleh masuk, confident tu penting dik’

image is not available