Aksi menarik dipamerkan pada Karnival Akar Umbi RYFC

LocalFootball
8 Feb 2025 • 1:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Kejohanan Bola Sepak Karnival Akar Umbi RYFC 2025 anjuran Kelab RYFC Ranau telah berjaya dianjurkan dengan penuh semangat kesukanan daripada semua pemain dan pegawai.

Kejohanan yang berlangsung pada 1 dan 2 Februari itu menyaksikan 20 pasukan bersaing dalam tiga kategori umur iaitu Bawah 8 Tahun (B-8), Bawah 10 Tahun (B-10), dan Bawah 12 Tahun (B-12).

AdvertisementKejohanan ini turut mendapat penyertaan pasukan dari luar daerah Ranau seperti Keningau, Kota Marudu, Kota Belud, Sandakan, Kota Kinabalu, Beaufort, dan Labuan, menjadikan ia platform terbaik untuk mengembangkan bakat muda bola sepak dari pelbagai kawasan.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Datuk Hj Junaidi Hj Sahat yang dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dan sokongan penuh terhadap kejohanan seperti ini kerana bola sepak merupakan sukan kegemarannya sejak kecil.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau turut memuji Kelab RYFC atas kejayaan penganjurannya dan menggalakkan lebih banyak kejohanan sebegini untuk terus mengembangkan dan mencungkil bakat muda bukan sahaja di daerah Ranau malah di daerah lain.

Selain itu, Junaidi turut menegaskan kehadiran pasukan dari luar daerah ini memberi impak positif kepada ekonomi Ranau.

AdvertisementWalaupun cuaca buruk, beliau kagum dengan semangat juang pemain yang terus bermain sehingga tamat.

Pengerusi Penganjur Karnival Sylviana Viana Saiki atau lebih dikenali sebagai Coach Lady turut melahirkan rasa bangga dengan penyertaan pasukan dari luar Ranau.

Advertisement“Karnival ini bukan sahaja mengembangkan bakat muda tetapi juga menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka seperti semangat kesukanan, kerjasama, dan disiplin,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan karnival ini termasuk para penderma dan ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak mereka dalam sukan bola sepak kerana mereka adalah tulang belakang kejayaan anak-anak.

“Karnival ini merupakan program pertama Kelab RYFC sejak penubuhannya pada November 2024. Ini bukanlah permulaan dan pastinya lebih banyak kejohanan dan karnival akan dianjurkan oleh kelab itu pada masa akan datang,” tambahnya.

Bagi kategori B-8, pasukan Kundasang FT telah menunjukkan kehebatan mereka di atas padang dengan memenangi kategori ini.

Pasukan KB Warrior A dari Kota Belud memberikan saingan sengit tetapi terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi Akademi Bola Sepak Fariz (FFA).

Pemain Kundasang FT berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak dalam kategori ini, manakala pemain dari pasukan Ex-Paiwen (Ranau) diiktiraf sebagai pemain pertahanan terbaik. Pemain KB Warrior A dari Kota Belud juga berjaya membawa pulang gelaran pemain terbaik kategori ini.

Bagi kategori B-10, kehebatan pasukan Anak Badak dari Kota Kinabalu tidak dapat dinafikan apabila mereka dinobatkan sebagai juara.

Pasukan Superkids dari Beaufort menduduki tempat kedua, manakala Kundasang FT di tempat ketiga.

Pemain dari pasukan Anak Badak muncul sebagai penjaring terbanyak, manakala pemain dari Kundasang FT diiktiraf sebagai pemain terbaik. Sementara itu, penjaga gol terbaik kategori ini diberikan kepada pemain dari pasukan Superkids.

Bagi kategori B-12 pula, pasukan Kampungan FC dari Kota Marudu membuktikan kehebatan mereka apabila merangkul kejuaraan.

Pasukan Talawa FC dari Kota Belud juga berjaya menduduki tempat kedua selepas saingan yang sengit.

Tempat ketiga menyaksikan pertarungan sengit antara Kinabalu United FT dan Sepadu FT dari Ranau, yang akhirnya menyaksikan Kinabalu United FT menang menerusi sepakan penalti.

Kampungan FC mempamerkan aksi cemerlang apabila bukan sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik malah penjaring terbanyak dalam kategori ini. Sementara itu, gelaran penjaga gol terbaik diberikan kepada pemain dari Talawa FC.

Selain itu, penghormatan istimewa turut diberikan kepada jurulatih Suzri daripada pasukan Sepadu FT, yang diiktiraf sebagai jurulatih terbaik sepanjang kejohanan.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi pentas bakat muda untuk menyerlah malah mengeratkan lagi hubungan antara pasukan dari pelbagai daerah.

Kejayaan acara ini diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejohanan pada masa akan datang, sekali gus menaikkan martabat bola sepak akar umbi di Sabah.