Aksi Mesra Rangkul Peha Atas Pentas Bikin Netizen ‘Panas’, Gesa BCL & Ariel Disatukan

Music
14 Jun 2022 • 11:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penampilan penyanyi popular Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari serta Ariel Noah di Konsert Now Playing Festival 2022 yang diadakan di Brigif Cimahi, Bandung telah menarik perhatian ramai.

Kedua penyanyi hebat ini telah berganding bersama dalam menyanyikan lagu yang memang didengari ramai iaitu Mencari Cinta dan Menghapus Jejakmu.

Persembahan mereka ketika itu sememangnya memukaukan peminat ketika itu. Namun selain daripada persembahan hebat yang dipersembahkan, aksi mesra mereka berdua di atas pentas itu juga telah menarik perhatian.

Memetik dari laporan Suara, pada awal persembahan yang dipersembahkan, mereka hanya menyanyi sambil memegang tangan dan membalas pandangan di antara satu sama lain.

Adegan yang paling membuatkan ramai netizen berasa terkejut apabila melihat ahli kumpulan NOAH itu merangkul paha BCL di atas pentas yang disaksi oleh orang ramai.

Melihat aksi mesra yang dipaparkan ketika itu, ramai peminat mendoakan agar mereka disatukan bersama satu hari kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 3 bulan lalu

Panggil 'Sayang' Dan Tunjuk Aksi Mesra, Netizen Mahu Reza Rahadian Dan BCL Jadi 'Couple'