Aksi penting buat Sri Pahang FC

9 May 2024 • 4:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fadhli

MISI penting buat Sri Pahang FC apabila melayan kunjungan Kelantan Darul Naim (KDN) FC dalam perlawanan pembuka tirai Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) pada Sabtu ini.

Kapten pasukan, Fadhli Shas memberitahu, pertemuan itu akan menjadi perlawanan penting buat semua pemain yang diturunkan nanti.

Menurutnya, kemampuan lawan tidak boleh dipandang mudah dan kesemua pemain perlu tampil terbaik dalam aksi tersebut.

"Ini kerana saya percaya kedua-dua pasukan pasti akan memberikan aksi sebaik mungkin.

"Dengan izin ALLAH, semua pemain pastinya akan memberikan persembahan yang terbaik buat diri dan juga Sri Pahang," kata pemain pertahanan terbabit.

Jelasnya, beraksi di gelanggang sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memburu mata.

Dalam pada itu, pemain berusia 33 tahun tersebut menagih kehadiran penyokong di Temerloh.

"Selain sokongan padu, doa para penyokong amat kami perlukan buat Sri Pahang.

"Semoga perlawanan di Temerloh dapat memberi kejayaan buat kami. Insya-ALLAH," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved