Aksi rempit tular di Melaka Sentral: Dua ditahan, lapan motosikal disita

6 Sep 2026 • 2:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aksi rempit tular di Melaka Sentral: Dua ditahan, lapan motosikal disita

MELAKA: Tidak sampai beberapa jam selepas kegiatan sekumpulan ‘mat rempit’ tular di media sosial, polis menahan dua penunggang dan menyita lapan motosikal di sekitar Melaka Sentral di sini awal pagi tadi.

Sebanyak 97 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas turut dikeluarkan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, dua penunggang terlibat ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Beliau berkata, tindakan itu susulan aduan awam berhubung kegiatan sekumpulan penunggang motosikal di Melaka Sentral kira-kira pukul 3.10 pagi tadi.

“Susulan aduan tersebut, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Melaka Tengah menyalurkan maklumat kepada pegawai bertugas serta mengarahkan elemen polis berhampiran menjalankan kawalan dan pemantauan di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Halim berkata, polis turut mengawal lalu lintas susulan kemalangan maut yang berlaku di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Semabok, kira-kira pukul 2.30 pagi.

Katanya, seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pokok di pembahagi jalan di Lebuh AMJ.

Mangsa, Muhammad Hakimin A. Samah, 24, dari Kampung Permatang Pasir Alai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala, badan dan kaki.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – UTUSAN 

 

The post Aksi rempit tular di Melaka Sentral: Dua ditahan, lapan motosikal disita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved