Aksi Riba: Pemandu Bas, Teman Wanita Direman Empat Hari

LocalPolitics
16 Apr 2026 • 11:45 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pemandu bas ekspres bersama teman wanitanya yang sebelum ini tular di media sosial kerana aksi memandu sambil meriba ketika kenderaan bergerak, direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Jasin, hari ini.

Menurut laporan Astro Awani, perintah reman sehingga Ahad itu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 36 tahun dan wanita berusia 21 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum itu, kedua-dua suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

image is not available

Foto: Media sosial

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert sebelum ini memaklumkan, pasangan tersebut ditahan pada Rabu selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin untuk memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati wanita yang bekerja sebagai kerani kaunter tiket bas itu mengaku teringin memandu bas sebelum bertindak melakukannya.

image is not available

Foto: Astro Awani

Menurut beliau, kedua-duanya bekerja di syarikat berbeza dan telah mengenali antara satu sama lain sejak kira-kira lima bulan lalu.

Pemandu lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur itu mempunyai pengalaman memandu bas selama 10 tahun serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Dia turut mengakui aksi meriba tersebut hanya berlaku selama beberapa minit sebelum bas memasuki laluan utama lebuh raya.

Terdahulu, video kejadian itu tular di media sosial, memaparkan bas ekspres berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Kulai, Johor ketika insiden dirakam.

Berikutan kejadian tersebut, syarikat pengendali bas Sri Maju Group dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan pemandu berkenaan.

Sumber: Astro Awani (Shuhada Abdul Kadir)

The post Aksi Riba: Pemandu Bas, Teman Wanita Direman Empat Hari appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved