Aksi Solo Lisa Blackpink ‘Pink Venom’ Tercetus Daripada Filem Ikonik Hollywood, 'Tomb Raider' 

Music
3 Dec 2022 • 7:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dalam satu temu bual baru-baru ini, Lisa telah mendedahkan beberapa perkara menarik tentang lagu ' Pink Venom' - Gambar Instagram Lisa

Siapa yang tidak menggilai lagu 'Pink Venom' daripada Blackpink. Jika tidak, masakan muzik videonya di YouTube berjaya meraih tontonan sebanyak 456 juta tontonan dalam tempoh tiga bulan ia ditayangkan di platform tersebut. 

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Lisa telah mendedahkan bahawa rap solo yang dilakukannya adalah cetusan inspirasi daripada penyanyi terkenal, Rihanna.

Bukan hanya setakat Rihanna, Lisa turut memberitahu bahawa persembahan solonya dalam video muzik 'Pink Venom' terinspirasi daripada filem ikonik Hollywood, Tomb Raider

“Ada babak di dalam filem Tomb Raider di mana pintu di buka satu persatu. Kami mendapat inspirasi daripadanya,” katanya. 

Buktinya, dalam 'Pink Venom' juga, persembahan solo daripada Lisa menggunakan tiga pintu yang boleh dibuka dan ditutup. 

Bahkan, set penggambaran untuk persembahan solonya di dalam muzik video lagu itu juga dicetuskan daripada Tomb Raider.

Pasti si Lara Croft , Angelina Jolie bangga kerana filem lakonannya itu turut menjadi inspirasi buat Blackpink yang kini telah menjadi fenomena global  – Getaran, 3 Disember 2022 

View Original Article