Aksi ‘Superman’ Berlumba Di Atas Jalan Pan Borneo Sri Aman – Serian Ini Undang Geram Netizen

5 Oct 2023 • 11:40 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Aksi bahaya di Pan Borneo sempat dirakam dashcam netizen

Aksi ‘Superman’ Berlumba Di Atas Jalan Pan Borneo Sri Aman – Serian Ini Undang Geram Netizen. Tular video di laman sosial menunjukkan aksi berbahaya mat rempit yang berlumba dengan kelajuan tinggi di atas Jalan Pan Borneo antara Sri Aman hingga Serian.

Rakaman dashcam yang merakam kejadian tersebut telah mengejutkan netizen, menyebabkan ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati.

image is not available
Aksi ‘Superman’ Berlumba Di Atas Jalan Pan Borneo Sri Aman – Serian Ini Undang Geram Netizen. Sumber: FB Sarawak Road Update

Motosikal tersebut menggunakan lorong kanan yang sepatutnya disediakan untuk kenderaan yang ingin memotong

Dalam video tersebut, sebuah kenderaan (pemilik dashcam) nampak cuba memecut di lorong kanan. Namun, usahanya dihalang oleh seorang penunggang motosikal yang dengan nekadnya turut menggunakan lorong yang sama, seolah-olah dia berhak memiliki jalan tersebut.

Kongsian video tersebut di laman sosial telah mendapat ribuan tontonan dalam masa singkat dan telah mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen. Kebanyakan netizen mengutuk tindakan nekad individu tersebut dan mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera.

image is not available

Kesalahan tersebut boleh kehilangan kelayakan lesen memandu sehingga 5 tahun

Mengambil kira bahaya yang boleh terjadi akibat tindakan individu tersebut, banyak netizen menyeru supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadapnya. Menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu yang disabit kesalahan seperti ini boleh dikenakan denda RM5,000 hingga maksimum RM15,000.

Selain itu, hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun juga boleh dikenakan dan kemungkinan kehilangan kelayakan lesen memandu sehingga 5 tahun.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini.

image is not available
Aksi ‘Superman’ Berlumba Di Atas Jalan Pan Borneo Sri Aman – Serian Ini Undang Geram Netizen. Sumber: FB Sarawak Road Update

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah: