Aksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim

LocalFootball
5 Nov 2024 • 10:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
VENUE perlawanan tertunda Liga Super 2024/2025 antara Perak FC dan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Ahad ini, kini ditukar ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor.

VENUE perlawanan tertunda Liga Super 2024/2025 antara Perak FC dan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Ahad ini, kini ditukar ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan pada Selasa, memaklumkan Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.

Permintaan daripada MFL itu juga disebabkan untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang mungkin akan merencatkan lagi jadual liga musim ini.

"Sebagai maklum balas kepada permintaan MFL itu, Perak FC telah menamakan SSI (Stadium Sultan Ibrahim) sebagai gelanggang mereka untuk perlawanan tertunda tersebut.

"Sebelum ini dua pertemuan Perak FC dengan JDT masing-masing pada 17 Ogos dan 5 Oktober 2024 terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat dan keputusan yang dibuat kali ini adalah untuk memastikan undian Piala Malaysia 2024/2025 pada 11 November 2024 dapat berjalan seperti yang dirancang,” menurut kenyataan itu.

JDT bimbingan Hector Bidoglio kini selesa di persada liga dengan mengumpul 37 mata selepas 13 perlawanan, meninggalkan pencabar terdekat Selangor FC di tangga kedua dengan perbezaan lapan mata sementara Perak di kedudukan ketujuh selepas mengutip 17 mata. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved