
PUTRAJAYA - Akta 342 yang dijangka berkuasa kuasa pada suku pertama tahun depan hanya terhad kepada pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.
Malah Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan, pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diberi kuasa tidak boleh menangkap atau membuat penahanan seperti kes jenayah yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia.
Ujarnya, pegawai berkenaan hanya menahan pesakit untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi mengesan penyakit berjangkit.
"Di bawah Akta 342 ini, tidak ada pun menyatakan kuasa menangkap, hanya menahan sekadar untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pesakit," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan terdapat satu akta di bawah tersebut yang memberi kuasa kepada pegawai KKM menahan seseorang yang dituduh bersalah tanpa perlu bicara di mahkamah.
AKAN MENYUSUL




