Akta Baharu Penyalahgunaan Dadah Bolehkan Penagih Selain Dadah Jalani Rawatan Di Bawah AADK

20 May 2023 • 9:34 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sutekno Ahmad Belon - Gambar Bernama

KAJANG - Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), kata Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon.

Beliau berkata pada masa ini rawatan dan pemulihan penagih selain dadah seperti penagihan daun ketum bukan di bawah bidang kuasa AADK.

“Yang kita titik berat sekarang ini adalah untuk tambah baik akses kita dalam memulihkan penagih, contohnya untuk ketum, siapa yang menagih,” katanya katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya AADK di Ibu Pejabat AADK di sini, semalam.

Menurut Sutekno dengan adanya akta baharu itu kelak, penagih selain dadah seperti penagih ketum boleh disenaraikan di bawah AADK untuk dirawat di bawah agensi itu.

Isnin lepas, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan.

Draf rang undang-undang bagi mewujudkan akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved