Akta belum lagi relevan di Sabah: Majlis Belia Sabah

LocalPolitics
12 Jul 2025 • 10:00 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Majlis Belia Sabah (MBS) membangkitkan kebimbangan mengenai pelaksanaan Akta Had Umur Belia, yang bakal berkuat kuasa pada pada 1 Januari 2026, mendakwa ia akan merencatkan pembangunan belia di negeri ini.

Presiden MBS Abqaree Fawwaz Abekan berkata had umur belia antara 15 hingga 30 tahun yang digunapakai ketika ini masih belum lagi relevan dengan realiti sosioekonomi belia di Sabah.

Menurutnya, jurang akses pendidikan, kelewatan memasuki pasaran kerja, serta faktor geografi dan infrastruktur luar bandar bermakna ramai anak muda Sabah hanya mula mencapai kematangan sosial dan ekonomi selepas usia 30 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Isu kesediaan belia luar bandar, khususnya dalam aspek pendidikan dan kemahiran, masih menjadi cabaran utama.

“Ramai belia di kawasan pedalaman menghadapi kelewatan menyempurnakan pendidikan asas atau tertiari akibat faktor logistik, kekurangan fasiliti, dan peluang akses yang terhad.

“Ini secara langsung melambatkan keupayaan mereka untuk menyertai pasaran kerja dan pembangunan masyarakat,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Beliau berkata, mengekalkan had umur maksimum pada 30 tahun akan secara langsung mengecualikan segmen belia Sabah yang masih memerlukan sokongan dasar dan penyertaan aktif dalam program pembangunan.

Sehubungan itu, beliau berkata MBS mencadangkan agar had umur belia disemak semula kepada julat 15 hingga 40 tahun, bagi memastikan dasar dan program belia lebih inklusif, adil serta berpaksikan realiti semasa.

Katanya, cadangan ini selaras dengan prinsip keterangkuman, pembangunan modal insan, dan pemerkasaan komuniti luar bandar seperti yang digariskan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Perluasan definisi ini akan membolehkan lebih ramai anak muda Sabah mendapat manfaat daripada inisiatif pembangunan belia secara menyeluruh dan berkesan.”