Akta Sosma disemak semula, pindaan dibentang dalam Parlimen tempoh terdekat

14 Feb 2025 • 8:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PUTRAJAYA, 14 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) diteliti dan disemak semula bagi menambah baik akta berkenaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata perincian berhubung penelitian dan penambahbaikan akta itu akan dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen dalam masa terdekat.

“Secara prinsipnya, ada beberapa perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui berkaitan menambah baik ataupun menyemak semula Akta Sosma,” katanya pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi hari ini.

Beliau berkata kerajaan turut meneliti pindaan bagi menambah baik Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk memudahkan beberapa perkara bagi badan atau kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

“Ini sudah pasti antara lain (berhubung) apa yang berlaku baru-baru ini. Kerajaan memang dari semasa ke semasa meneliti undang-undang yang mana sekiranya perlu ataupun boleh ditambah baik, maka usaha ini akan diteruskan,” katanya.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved