Aktivis Iswardy Morni didapati bersalah hina Agong

LocalPolitics
30 Dec 2024 • 5:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Iswardy Morni

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin mendapati aktivis, Iswardy Morni bersalah atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 23 Januari tahun depan untuk mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan yang mewakili Iswardy, 47, sebelum menjatuhkan hukuman.

Hakim, Datuk MM Edwin Paramjothy memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.

Mengikut pertuduhan, Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan di media sosial Facebook, atas nama Iswardy Morni Official dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (ketika itu).

Kesalahan dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini pada jam 3 petang, 29 Mei 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Prosiding itu dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim sementara tertuduh diwakili peguam, Faizal Rahman.

Pada 4 Oktober lalu, mahkamah memerintahkan lelaki itu membela diri atas pertuduhan terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved