
LABUAN: Keberkesanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang dipersoalkan berikutan pendedahan di mahkamah dalam kes rasuah terbesar negeri bahawa ia masih belum memastikan kebenaran dakwaan serius terhadap dua bekas Menteri Sabah semasa Jabatan Air Negeri Sabah berada di bawah bidang kuasa mereka.
Seorang aktivis, Lau Seng Kiat, berkata adalah tidak adil bagi bekas Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan bekas Timbalan KM Datuk Raymond Tan disebut sebagai menerima sogokan dan melihat SPRM Sabah membiarkan sahaja perkara itu.
“Saya membayangkan SPRM Sabah akan segera mengambil kenyataan daripada kedua-dua pemimpin ini sama ada dakwaan yang dibuat oleh saksi utama mereka (SPRM) dalam keterangan bersumpahnya mempunyai asas.

