Aktiviti Berkelah Bertukar Tragedi, Dua Beradik Lemas Di Pulau Mentigi

3 Jun 2025 • 11:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kegembiraan sebuah keluarga untuk berkelah di Pantai Pulau Mentigi di Mersing bertukar duka apabila dua beradik ditemui lemas dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.25 petang, Selasa.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Nur Awatif Udaima Mohd Hisam, 15, dan adiknya Ahmad Uwais Al Qarni, 13, dipercayai lemas ketika sedang mandi-manda bersama ahli keluarga yang lain.

image is not available

Foto: Harian Metro

Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 sebelum melancarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) di lokasi kejadian.

Sebuah bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Bot Perkasa 44, digerakkan ke kawasan kejadian sejurus operasi diaktifkan.

“Mangsa pertama, Nur Awatif, berjaya ditemukan oleh komuniti setempat kira-kira jam 4.30 petang,” katanya.

image is not available

Foto: Berita Harian

Tambah beliau, pencarian seterusnya menemukan mayat adik mangsa, Ahmad Uwais kira-kira dua jam kemudian pada jam 6:30 petang oleh pasukan penyelamat komuniti.

Kedua-dua jenazah kemudian dibawa ke Jeti Pulau Tinggi sebelum diserahkan kepada Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved