Aktiviti curi kulit kayu bakau tumpas

LocalEnvironment
7 Nov 2025 • 5:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sabah menggagalkan aktiviti pencurian kulit kayu tangar dalam satu operasi di kawasan hutan bakau sekitar Sungai Terusan Duyung, di sini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4, Mohd Nazri Ibrahim berkata, operasi tersebut dijalankan sekitar jam 2.30 petang pada 31 Okt, selepas pihak berkuasa mengesan tapak pencerobohan dan kegiatan mencuri kulit kayu tangar di kawasan berkenaan.

“Hasil operasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, pasukan merampas 20 ikatan kulit kayu tangar yang dipercayai dicuri daripada kira-kira 180 batang pokok,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM70,000 dan kes kini disiasat di bawah Enakmen Perhutanan 1968.

Mohd Nazri menegaskan, PPM akan terus komited dalam usaha membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan hasil negara, terutamanya di kawasan perairan serta lokasi strategik di Sabah.

“PPM Wilayah 4 sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan maklumat daripada orang awam bagi membantu pihak berkuasa mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Beliau menambah, pihaknya akan terus mempergiat operasi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara.

View Original Article