Aktiviti islamiah diperkenalkan, perkasa masyarakat Islam

30 Dec 2024 • 3:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Inisiatif di bawah agenda Pembangunan Dakwah Islam menjadi platform utama untuk memperkasa aktiviti islamiah di kalangan masyarakat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan.

Wakil rakyatnya, Datuk Ruslan Muharam berkata, melaluinya, pelbagai kegiatan dilaksanakan antaranya pengajian kelas Al-Quran, kelas fardhu ain dan kifayah serta banyak lagi.

Advertisement“Kelas Al-Quran ini dilaksanakan bagi melahirkan Qari dan Qariah bermutu dari kawasan ini untuk mewakili Beaufort pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri seterusnya kebangsaan.

“Pada masa sama, kita turut menganjurkan aktiviti seperti program Jom Solat Subuh, pertandingan Nasyid dan lagu dakwah yang sebahagian besarnya melibatkan golongan belia.

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more “Melalui usaha murni ini, kita dapat memastikan ajaran Islam terus subur di kalangan belia khususnya generasi baru agar kuat berhadapan pancaroba di zaman moden berteknologi ini.

“Kita enggan Islam hanya pada nama tapi tidak menjadi amalan dalam kehidupan seharian,” katanya selepas merasmikan Festival Islam dan Majlis Tilawah Al-Quran Peringhkat Zon Gadong, di sini, Ahad.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam perkembangan sama, Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, Pembangunan Dakwah Islam di Dun Lumadan dibahagikan kepada dua zon iaitu Zon Gadong dan Zon Weston.

Katanya, di bawah kedua-dua zon berkenaan, ada beberapa zon kecil melibatkan kampung-kampung yang masing-masing akan menghantar wakil untuk bertanding dalam acara dipertandingkan di peringkat zon.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Di peringkat daerah Beaufort pula, kita mempunyai lima zon termasuk Zon Gadong dan Weston bagi memastikan aktiviti islamiah di semarakkan di kalangan masyarakat islam di kawasan ini,” katanya.