Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

8 May 2024 • 8:34 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar fail

HAMILTON - Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Selasa menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan menyifatkannya sebagai 'kesilapan strategik, malapetaka politik, dan mimpi ngeri kemanusiaan'.

"Saya terganggu dan tertekan dengan aktiviti ketenteraan yang diperbaharui di Rafah oleh tentera Israel," kata Guterres, lapor Agensi Anadolu.

Menekankan kepentingan kritikal untuk membuka semula lintasan Rafah dan Karem Shalom, Guterres menyeru agar pintu masuk itu dibuka semula dengan serta-merta.

Beliau menegaskan sebarang serangan ke atas Rafah akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sudah teruk, berpotensi menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang meluas.

Mengakui kesan buruk serangan itu, ketua PBB berkata: "Serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, malapetaka politik dan mimpi ngeri kemanusiaan".

Beliau seterusnya merayu kepada semua pihak yang mempunyai pengaruh ke atas Israel untuk melakukan segala yang mereka mampu untuk membantu mengelakkan tragedi yang lebih besar. - BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved